Jenis-jenis Topologi
* Topologi Bintang (Star)
*Topologi Cincin (Star wired-Ring)
*Topologi Bas (Linear-Bus)
1. Topologi Bintang (Star)
Semua nodnya dapat disambung terus ke hub di pusat rangkaian.Maklumat akan melalui hub dahulu sebelum ke destinasinya.Hab akan mengawal semua fungsi yang berada dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang(repeator).Topologi bintang mudah dipasang dan dirangkaikan.Ia tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau hendak mengalihkan peranti.Ia juga mudah untuk mengesan kerosakan dan mudah dikembangkan.Selain itu,jika terdapat kerosakan pada hub atau sambungannya,nodnya tidak dapat berfungsi.
2 . Topologi Cincin (Star Wired-Ring)
Topologinya sama dengan topologi bintang.Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan.Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit).Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga ke destinasinya.Penghantaran data sangat laju dan dapat melayan lalu lintas yang padat.Selain itu jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi dan sukar mengesan punca kerosakan.
3 . Topologi Bas (Linear-Bus)
3 . Topologi Bas (Linear-Bus)
Semua nod seperti (file server,workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (backbone) secara bersiri.Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod yang terdapat pada kabel tersebut.Ia senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.Selain itu,jika kabel tulang belakang (backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian ia akan tidak dapat berfungsi.
No comments:
Post a Comment