Saturday, September 24, 2011

Tugasan 6


  1 . SPAM

    - Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet , biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel .Sesetengah orang menyatakan yang "spam" adalah singkatan untuk Stupid Pointless Anoyying Message  , dari segi bahasa adalah 'Pesanan yang bodoh dan tidak munasabah .

        Beberapa jenis spam adalah :
        - Spam e-mel
        - Spam chat
        - Spam forum
        - Spam SMS 

2 . BLOG

     - Blog adalah satu medium seperti web yang berbentuk seperti "journal style" yang dipaparkan secara kronologikal.Kronologikal pula bermaksud di susun mengikut masa terdahulu hingga ke masa terkini.Kebanyakannya blog terdiri daripada beberapa subjek-subjek yang khusus seperti makanan,politik,fesyen,hiburan,tip-tip,berita hangat dan sebagainya.Selain itu ramai juga yang gemar menggunakan blog untuk menulis diari secara online.

       Diantara ciri-ciri blog ialah :
       
       - Mempunyai teks
       - Mempunyai gambar
       - Mempunyai link ke blog-blog lain ,web page dan sebagainya

3 . WI-FI

      Wi-Fi, adalah singkatan dari wireless fidelity, merupakan pengembangan dari istilah Hi-Fi, sebuah teknologi rangkaian wayarles yang digunakan di seluruh dunia. Wi-Fi merujuk kepada sistem yang 
menggunakan standard 802.11, yang dibangunkan oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers 
(IEEE) dan dikeluarkan pada tahun 1997. Istilah Wi-Fi, yang dieja sebagai alternatif WaiFi, Wai-fi, Waifi,  atau waifi, didorong oleh Perikatan Wi-Fi, sebuah kumpulan perdagangan yang dirintis pengkomersilan 
teknologi. 

4 . BLUETOOTH

     - Bluetooth merupakan teknologi rangkaian tanpa wayar yang dinamakan sempena nama Harald Bluetooth,bekas Raja Denmark yang terkenal kerana sentiasa membantu rakyatnya berkomunikasi.Beliau juga orang yang bertanggungjawab menyatukan Denmark dan Norway.Dari segi teknologinya ,Bluetooth berfungsi menghubungkan hubungan dua hala pelbagi peralatan elektronik untuk jarak dekat iaitu kurang daripada 10 meter .Teknologi tanpa wayar ini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan telefon dengan   telefon,telefon dengan set kepala tetapi juga pelbagai peralatan lain.Misalnya ia boleh menghubungkan komputer dengan pencetak,komputer dengan telefon,komputer dengan PDA,(alat bantuan digital) dan 
sebagainya .Teknologi rangkaian bluetooth adalah selamat kerana ia menggunakan signal radio yang 1,000 
kali lebih rendah daripada teknologi tanpa wayar yang digunakan telefon bimbit masa kini.Ia juga adalah 
selamat kerana apabila sambungan dibuat tiada siapa dapat mencuri dengar apabila anda 
menggunakannya.

5 . DOMAIN 

     -Domain adalah alamat untuk laman web sendiri .Contohnya,domain bagi laman web yang kita sedang layari http://sembangkomputer.com.Fikir dahulu nama apakah yang kita hendak letak sebagai domain kita , kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web kita . Oleh itu , ia haruslah ringkas dan mudah diingati .

6 . PHISING 

     - Phising merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif,seperti username,password dan butiran kad kredit,dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik.Bank online,eBay,PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam.Phising biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website.Phising adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna.Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phising termasuklah melalui perundangan,latihan kepada pengguna,kesedaran masyarakat dan langjah-langkah teknikal.

No comments:

Post a Comment